Saturday 28 December 2013

7 Kerja Tattoo dan Menindik yang Bisa Membuat Anda Resah

Kadang-kadang aku tertanya kat diri sendiri, apa yang membuatkan diorang ni buang tebiat nak bertindik dan bertattoo macam ni? Sikit-sikit tu boleh la dikatakan unik dan boleh diterima mata. Tapi kalau dah melampau macam mana? Sampai berkilo-kilo besi tersangkut...

Dan aku jugak tertanya, cantek ke buat macam ni?
Bile tengok cara diorang pose-pose cantek, muka feeling model, maybe jugak la benda ni cantek di mata mereka. Entah la.

Yang penting, aku pernah temankan dan tengok dengan mata sendiri kawan-kawan aku cacah tattoo dan bertindik lidah. Terus terang aku katakan, aku ni penakut tak selesa dengan semua ni, aku tak boleh tengok darah. Waktu kawan aku buat tattoo tramp stamp kat atas bontot, aku berpeluh-peluh sejuk dan nak pitam. Time kawan aku tindik lidah, aku termuntah sikit kat dalam tekak pastu rasa nak terberak.

Apa-apa pun, berikut adalah beberapa kerja tattoo dan menindik yang bisa buat kecut perut dan resah.

HASIL SENI #1:
The Lizardman
Alahai, dah tak macam orang aku tengok. Sian...
Selain tattoo dan bertindik, mamat yang bernama Eric Sprague, atau nama glemer beliau, The Lizardman (Cicak Man?) dan alter macam-macam - termasuklah menajamkan giginya, potong hujung lidah biar nampak bercabang macam reptilia dan tanam plat besi kat dahi (orang putih panggil sub-dermal implant).




Terbaru ni, Eric ada ura-ura nak buat pembedahan tambah ekor.
Nak sangat jadik cicak? Meh aku lastik ko macam aku lastik cicak kat rumah aku.

HASIL SENI #2:
Dennis Anver a.k.a The Stalking Cat.

Wah... Ko ingat cantek sangat la? Konon-konon semanja kucing la ni? Ei, dah macam hantu Siam dah. Kalau aku terserempak dengan ko malam-malam, confirm aku terkencing.

"Kiut kan I? Macam kucing tak? I nampak manja kan?" 
Mamat ni gigih nak menukarkan seluruh badannya jadi 100% kucing. Konsepnya sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bermula dengan tattoo corak bulu kucing, merebak jadi macam ni. Dan dia dah pasang ekor yang boleh bergerak-gerak sebab doktor dah cantumkan dengan tulang belakang dia.
Mesti suka makan Friskies ni, tu yang otak biol sket.

HASIL SENI #3:
Katzen The Tiger Lady.

"Akak nak cadangkan orang ikut cara akak, gerenti takde jenayah rogol-rogol lagi..."
Ni lagi sorang... Kak, ko salah tafsir kot pepatah orang kata seksi persis kucing. Ni dah macam mimpi seram kanak-kanak dah aku tengok. Aku rasa aku pernah mimpi hantu macam ni lah, waktu aku kecik-kecik dulu.

HASIL SENI #4:
Pauly Unstoppable.

Alah alah alah... comel la kononnya tu... Tapi kan... Yang ni bagus. Senang nak dapat kerja. Antaranya ialah, ambik upah sangkut payung kat telinga. 

"Shasha suka hidung Shasha... Macam cantek je. Macam comel je..."
Dan yang positifnya, saudara Pauly ni akan lebih masyuk bila nak korek hidung. Kalau dulu guna jari, sekarang, nak korek hidung pakai marker pen pun boleh!

HASIL SENI #5:
Elaine Davidson: The Queen of Piercings.
Urut dada je aku bila tengok gambar makcik ni. Berbekalkan 6000 subang di serata badan, makcik ni rasa dia cukup anggun dan cantek.


Sebenarnya bijak jugak makcik ni. Aku sarankan agar dia ceburkan diri dalam perniagaan bergerak. Makcik pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman dan borong segala aksesori wanita kat situ - kerongsang ke... anting-anting, angkut semua. Lepas tu sangkut kat badan dan berniaga. Jimat sewa tapak gerai.
Hey aku jamin, kalau makcik ni sergah aku, mau aku tertumbuk sebab terkejut. Jangan lupa beli spray anti karat ye kak. Banyak nak maintain tu.

HASIL SENI #6:
Fenomena body corset.
Nampak memang macam cool dan menarik. Ala-ala kasut sekolah Lady Gaga, bereksperimentasi dengan seni.


Tapi cuba ko peratikan betol-betol. Nampak tak kulit dia terik je tertarik tu?!!!
*Aaaa! Aaaa! Histeria 8 minit jap.*


Siapa yang nak tolong ikatkan tali tu hari-hari?
Macam mana kalau tersangkut kat tombol pintu?
Boleh ke bersandar?
Ko waras ke tak?

Ramai doktor menasihatkan agar trend ni diberhentikan sebab senang nak dapat jangkitan bakteria dan bernanah. Tapi kalau ko dah rasa cantek, nak buat macam mana kan? Bak kata Becky M Leogardo, "kecantikan adalah hak milik setiap insan.."
*Pose-pose muka plastik*

HASIL SENI #7:
Maria Jose Cristerna.
Masya Allah. Dia ni kalau aku terjumpa malam-malam waktu kat highway, mau aku laung azan kuat-kuat. Gila weh. Dajal ke apa ni? Lady Gaga pun boleh terkentut tengok ko. Aku cuba fahami sat...


Makcik ni kata dia pernah jadi mangsa keganasan domestik, maksudnya pernah kena dera kaw-kaw dengan bekas suami dia. Lepas bercerai dan melarikan diri, dia mula merawat hati dengan bertindik dan bertatu.
Tapi jangan korang pandang enteng dengan makcik ni sebab dia bekerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman. Agaknya hakim pun setuju je dengan dia sebab takut. Maria dinobatkan sebagai wanita yang paling banyak memodifikasikan badan. Hampir 100% badannya bertatu, menanam implan banyak tanduk kat kepala, dada dan tangan. Dia juga tanam gigi taring untuk nampak lebih angker lagi.

1 comment: