Friday 27 December 2013

Bedah Plastik dan Jiwa Kacau

Sekarang ni pembedahan plastik, suntik sana, suntik sini dah jadi macam trend pulak. Tengok je la muka muka artis dan tokoh politik, membuatkan kita tertanya tanya macam mana la muka diorang boleh jadi flawless plastik macam tu? (Jawapan cliche ye: "Akak amalkan makan sayur sayuran, air sembahyang 5 kali sehari...") Hehehe.
Dalam sibuk sibuk nak mencantikkan diri, nak tukar dari kendur ke tegang, dari kecik ke besar, pendek ke panjang, baik kita renung-renungkan dan tengok kisah-kisah terlampau plastic surgery.

Kita mulakan countdown!

KISAH #8:
Wanita kecewa cinta, bedah muka jadi macam Jessica Alba untuk memenangi semula hati bekas boyfriend.
Kisah akak ni memang hot di media China suatu ketika dulu, hinggakan Jessica Alba sendiri memberi nasihat kat akak ni untuk tinggalkan boyfriend balaci tak guna tu.


Akak Jessica Alba celup ni (namanya Xiaoqing) tau yang boyfriend dia minat kat Jessica Alba, so dia keluarkan ribu riban dari akaun bank dia untuk bedah muka kasi nampak macam Jessica Alba.
Masa masih bercouple, boyfriend dia memang selalu suruh dia pakai rambut palsu, kasi nampak macam Jessica Alba, hinggakan waktu tidur pun disuruhnya jugak bercosplay macam retis tu.

Come on la, makcik. Mamat macam ni harus ko potong anu hempuk je dengan lesung batu. Tinggalkan je la... Tak berbaloi...

Sumber: http://shanghaiist.com

KISAH #7
Pasangan kembar bayar $80,000 untuk kelihatan 100% seiras.
OK, pada pendapat aku la, ni memang kerja bodoh. Adoi... Baik ko beri aku duit tu. Aku pun tengah nak beli PlayStation4 rumah ni. Mesti korang berdua rasa cute sangat kan lepas bedah ni? *Brainfart*


Kisahnya bermula apabila salah seorang daripada diorang, Jo Burton, feeling feeling nak bedah hidung. Sedara kembar dia si Kerry Burton pun tak nak kalah. Buat la hidung jugak. Lama-lama makin melarat sampai mencecah $80,000. Lebih kurang RM240K la gitu... 
*Brainfart lagi*

KISAH #6:
Wanita sanggup berhutang untuk pembedahan plastik agar nampak macam Ratu Mesir Nefertiti.
Nileen Namita (baya makcik-makcik, daripada England) dah berhutang lebih kurang $360,000 untuk 51 pembedahan pelastik semata-mata nak nampak memukau macam ratu Mesir.


Tapi aku rasa la kan, dia dah salah fakta kot? Agaknya la dia nak nampak macam Cleopatra tapi terlupa nama. Alih-alih jadi Nefertiti.


Syabas buat kakak ni sebab lepas ni dia akan berjaya menceburkan diri di dalam industri perfileman. Sebagai hantu kum-kum.
Rasanya produser Michael Ang daripada ASTRO boleh ambik dia berlakon watak hantu. Jimat mekap.

KISAH #5:
Makcik tua alter badan untuk serupa watak Jessica dalam kartun "Who Framed Roger Rabbit".



Hasilnya tak membanggakan le nenek. Nampak macam pornstar tak sesuai pulak, Baik guna duit tu beli tapak kubur. Dah le tanah sekarang mahal.
Tapi kan... tapi kan... nenek ni mendakwa majalah Playboy ada usha usha dia untuk buat photoshoot. Er... 
*Brainfart*

KISAH #4:
Lagi sorang makcik habiskan duit untuk nampak macam Barbie Doll.
Malas dah nak kata apa-apa. Yang pasti, takdenye nampak macam Barbie. Takde. Walau sekelumit pun.
Dikatakan makcik ni telah menbuang beberapa keping tulang rusuk untuk dapatkan pinggang yang ramping. Meremang bulu roma aku.


Sekarang, senyuman makcik memang plastik sangat!

KISAH #3:
Lolo Ferrari dengan ladang tembikainya.
Lolo Ferrari memang dikatakan addicted dengan pembedahan plastik, semua dia ubah - buah dada, bibir, mata, pipi...
Tapi dia ni memang popular dengan pembedahan terlampau payu dara - dikatakan sebelah tembikai Lolo sahaja sudah mencapai berat sebiji bola bowling. Bola bowling! Tak dapat aku bayangkan. 



Tapi, siapa boleh tahan, memikul 2 biji bola bowling yang tergantung. Lolo mengambil dadah untuk menghilangkan rasa sakit, dan akhirnya mati sebab overdose.
Sian...

KISAH #2:
Amanda Lepore - Penukaran jantina yang drastik!



Dia ni asalnya lelaki, menukar jantina dengan alasan nak ceburi undustri hiburan (burlesque kot?) Last-last dia rasa, alang-alang dah tukar jantina, biar aku ubah semua supaya lebih chantek daripada perempuan-perempuan tulen. Yang penting itu statement dia ok? "Saya rasa saya lebih cantik daripada semua perempuan-perempuan yang tulin."

Semua dia ubah - mata, hidung, bibir. Dah macam benda lain pulak aku tengok bibir dia ni...)
Chantek ke ko Amanda?

KISAH #1:
Perabis $100K demi nak cantek macam Justin Bieber.
Aku rasa Justin Bieber haters mesti akan cari rumah mamat ni dan simbah cat merah.
Membelanjakan $100,000.00 untuk mendapatkan wajah seperti Justin Bieber. Waw, ini memang buat darah aku panas. Toby Sheldon (33 tahun) dah melakukan beberapa pembedahan:  suntik botox, tanam rambut, menjongketkan bibir atas, mengembungkan bibir bawah dan penukaran kelopak mata - semuanya nak nampak manis dan remaja macam Justin Bieber.


Hasilnya, muka dia memang serupa Justin Bieber - Ya! Memang serupa! Serupa seperti Justin Bieber yang telah digilis lori sepuluh kali. Begitulah rupa muka ko.


Yang bestnye, mamat ni feeling-feeling cantek, dia kata kawan-kawan dia puji dia persis Justin Bieber. Aku rasa la kan, diorang tu nak jaga hati ko je brader... Memang jauh panggang dari api la rupa korang berdua sama.

1 comment: