Thursday 23 January 2014

TUTUP TELINGA! Lagu berhantu buat ramai pendengar bunuh diri [FOTO + VIDEO]

Beberapa tahun dulu kecoh satu Malaysia cakap lagu Cindai tu berhantu. Sampaikan Nerdy Bear pun terpengaruh sama. Takut la dengar lagu Cindai tu sorang-sorang. Kalau drive sorang sorang tetiba radio pasang lagu tu, terus tutup radio. Walau bagaimana pun, tu semua gossip. Tak ada fakta atau sejarah yang menyokong tohmahan tu.

Tapi pernah tak korang dengar lagu yang membuatkan ramai pendengar yang membunuh diri? Lagu yang Nerdy Bear nak kongsi bersama korang ialah satu lagu yang berasal dari Hungary yang mempunyai melodi dan lirik begitu nostalgik dan membuatkan ramai pendengar bunuh diri selepas mendengar lagu ni berulang kali. Malahan ada seorang penyanyi wanita yang menyanyikan semula lagu ni turut menghadapi tekanan perasan. Klik di bawah untuk membaca lebih lanjut dan mendengar rakaman lagu Gloomy Sunday. Terdapat 3 versi yang dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyanyi daripada era berbeza.


Nerdy Bear dah dengar lagu Gloomy Sunday dan muziknya memang redup dan depressing menceritakan bagaimana si penyanyi meratapi dan tidak dapat menerima perpisahan dengan bekas kekasihnya sehingga tahap nak bunuh diri. Melodinya disusun cantik. Naik turun lenggok suara penyanyinya memujuk pendengar untuk memahami dan bersetuju dengan tindakan si penyanyi untuk membunuh diri.

Lagu ni sebenarnya dicipta sekitar tahun 1933 oleh seorang pemain piano dan komposer daripada Hungary bernama Rezső Seress selepas dia ditinggalkan oleh awek. Lagu Gloomy Sunday pada asalnya direject oleh pihak radio dan dimainkan di kelab-kelab malam je. 

Ini kerana stesen-stesen radio merasakan lagu Gloomy Sunday ni terlalu disturbing, sayu dan agak menyeramkan. Kalau tak percaya, cubalah para pembaca dengar lagu ni sorang-sorang waktu malam di rumah tanpa membuka lampu. Eiii...

Pencipta lagu Gloomy Sunday - pemain piano dan komposer daripada Hungary bernama Rezső Seress 

Entah bagaimana lagu ni mendapat sambutan orang ramai pada waktu tu dan mula dimainkan di stesen-stesen radio. Ketika lagu ni sedang hangat ke udara, akhbar Hungary mendakwa ramai pendengar telah membunuh diri selepas mendengar lagu ni. Mangsa-mangsa bunuh diri ni akan meninggalkan lirik lagu ni pada nota terakhir mereka. Kira macam suicide note la. Pada pendapat Nerdy Bear, maybe mereka yang bunuh diri ni senasib dengan cerita ditinggal kekasih dalam lagu tu.

Billie Holiday
Lagu asal adalah dalam bahasa Hungary. Ia mula masuk ke Amerika selepas penulis lirik Sam M. Lewis menterjemah lagu ni ke dalam bahasa Inggeris. Populariti lagu ni meningkat menerusi suara penyanyi jazz Billie Holliday (waktu tu tahun 1941). Ingatkan kejadian bunuh diri stop lepas alih bahasa, tapi tetap juga berlaku di Amerika.
Seperti di Hungary, Gloomy Sunday dilarang ke corong radio Amerika. Akan tetapi, walau bagaimana banyak pon larangan, lagu ni tetap direkod dan dijual. Kejadian bunuh diri masih berterusan.
Nak menjadikannya lebih seram, pencipta lagu Rezső Seress juga mati membunuh diri dengan cara melompat dari apartmentnya.
Nerdy Bear ada sertakan lagu Gloomy Sunday nyanyian Billie Holiday. Gemersik suaranya memang vintage dan sedap, tapi lama-lama dengar, meremang pulak bulu tengkok Nerdy Bear.




Ada juga versi daripada Sarah Brightman, Sinead O'Connor dan Bjork.

 
Versi Bjork ni yang paling pelik di telinga Nerdy Bear. Tapi Bjork ni memang pelik pun kan? Hahaha.

0 comments:

Post a Comment