Wednesday 22 January 2014

KREATIF DAN AWESOME - Beberapa seni tangan dan kaki palsu yang SUPER DUPER menawan. [FOTO + VIDEO]

Kata orang tua, malang tak berbau. Tiba-tiba je kita boleh ditimpa kemalangan dan mungkin akan hilang anggota badan seperti kaki dan tangan. Ada yang hilang kaki dan tangan ni sebab penyakit, maybe terpaksa dipotong untuk menyelamatkan tuan punya badan. Dan ada juga yang lahirnya sudah berlainan upaya. Nerdy Bear salute dengan orang-orang begini yang cekal hati dan tabah menjalankan kehidupan seharian. 
Sehubungan dengan itu, Sophie de Oliveira mewujudkan TheAlternativeLimbProject iaitu sebuah servis membuat custom made kaki dan tangan palsu bagi meraikan imaginasi, personaliti dan kegemaran pengguna kaki dan tangan palsu ni. Ye la, fesyen tiada batasannya, tidak mengira keupayaan dan paras rupa seseorang. Yang pastinya semua kaki dan tangan palsu ni super duper kreatif dan menawan.

Jo-Jo Cranfield sedang menggayakan "Snake Arm".

Model seksi Tangan palsu "Snake Arm" ni memang cool. Seolah-olah ular keluar daripada tangan. Ada banyak lagi rekaan yang awesome!
Kalau nak baca dan lihat gambar-gambar, boleh la klik di bawah:



1. Tangan Palsu "Snake Arm".


"Snake Arm" sedang digayakan oleh Jo-Jo Cranfield, seorang perenang daripada Britain, juga merupakan seorang pakar motivasi dan pakar inspirasi. Jo-jo mengajar renang di waktu lapang dan tidak menyukai tangan palsu yang biasa kerana dia selalu merasakan dirinya hodoh. Akan tetapi, "Snake Arm" rekaan Sophie de Oliveira berjaya menawan hati Jo-Jo dan menjadikannya seorang yang lebih yakin dengan diri sendiri. 

2. Kaki Palsu "Stereo Leg".


Viktoria Modesta Moskalova (penari dan penggubah lagu) menggayakan "Stereo Leg", kini dalam usaha untuk mengimplan radio sebenar di dalam kaki palsu ni. Viktoria menganggap kaki palsu ni sebagai aksesori wanita dan kena dengan personalitinya sebagai penghibur. Bagi Nerdy Bear, kaki ni nampak sangat elegan tetapi ada sedikit unsur robotik yang menjadikannya unik dan penuh misteri.

3. Kaki palsu "Oriental Leg".



Kaki ni memang cool! Macam konsep ninja dah Nerdy Bear tengok. Kaki palsu "Oriental Leg" ni direka oleh Sophie dengan bantuan jurugambarnya, Annie Walter. Dengan ukiran hiasan gading, kaki ni mengingatkan Nerdy Bear kepada corak tattoo yakuza atau watak hero samurai anime anime Jepun. Kalau korang perasan, kat tepi kaki ni ada 2 laci tersembunyi. 

4. Tangan palsu "henna tattoo arm".


Rekaan yang simple tetapi memberi impak yang kuat menerusi perincian tattoo dan kemasan manik dan labuci. Nerdy Bear macam tak percaya ni tangan palsu sebab nampak macam tangan sebenar! Ni mesti tangan untuk lelaki sebab urat-urat tangannya timbul hehehe.

5. Kaki palsu "removable muscle".


Ini adalah rekaan kaki palsu yang Nerdy Bear paling suka. Diberi nama "Removable Muscle" rekaan ini agak unik kerana menampilkan gabungan anatomi otot kaki dan tema futuristik. "Removable Muscle" digayakan oleh Ryan Seary, seorang bekas askar yang cedera sewaktu bertugas mematikan bom. Kaki ini direka bersama oleh Eduardo dan Sophie de Oliveira,

6. Kaki palsu "floral leg".


Kiera Roche, pengerusi badan amal Limb Power sedang menggayakan kaki palsu "Floral Limb". Setiap inci flora dilukis tangan, menampilkan kewanitaan si pemakai. Nerdy Bear betul-betul respek mereka semua sebab mereka berani dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Ada yang lebih berjaya daripada sesetengah manusia yang cukup sifat. Tabik!

Nerdy Bear ada sediakan video si Sophie de Oliveira sedang menerangkan kepada orang ramai bahawa kaki dan tangan palsu adalah satu seni. Dia juga bercerita tentang passion dan usahanya dalam membina kaki dan tangan palsu, sekaligus ingin menjadikan kumpulan orang kelainan upaya tidak merasa terasing.


0 comments:

Post a Comment