Monday 20 January 2014

Pelbagai guna - Meja Cabinet rekaan Laura Petraitytė yang best.

Nerdy Bear lahir pada tahun 80an. Entri kali ni mungkin mengimbas kembali kenangan sesetengah pembaca yang lahir pada era 80-an. Korang semua ingat tak meja pelbagai guna yang selalunya ada rak buku, tempat menulis, ada lampu konon-kononnya nak menulis waktu malam malam, ada laci dan sebagainya. Ada sesetengah meja tu boleh buka tutup papan atas meja untuk simpan barang-barang.

Rekaan Laura Petraitytė ini mengimbau kembali kenangan meja pelbagai guna tu, tapi ditambah dengan beberapa suntikan moden.


Klik di bawah untuk melihat semua gambar rekaan Laura dan membaca lebih lanjut tentang meja yang awesome ni!
Multifunctional cabinet desk rekaan Laura ni menggabungkan kemudahan yang moden seperti lampu LED dan soket supaya mudah untuk korang guna bersama peralatan-peralatan moden seperti laptop, PC, printer dan macam-macam lagi. Kalau berminat, bolehlah pergi ke lama Pinterest Laura.







Bagi Nerdy Bear, rekaan ni mungkin sesuai dengan mereka yang inginkan tema atau suntikan vintage di dalam rumah tetapi perlukan kemudahan untuk peralatan-peralatan elektronik beroperasi. Sudah tentulah meja ni menjadi idaman Nerdy Bear sebab mudah untuk melakukan kerja-kerja penulisan, pemblogan, dan menonton anime membuat research. Cuma mungkin pilihan warnanya tak sesuai dengan jiwa Nerdy Bear.

Nerdy Bear memang suka perabot dan rekaan designer yang kadangkala pelik-pelik dan susah nak dapat di kedai kedai perabot yang biasa.

Bagi mereka yang nak beli perabot rekaan designer tapi kurang modal dan malas nak beli jauh-jauh di luar negara, IKEA ada menyediakan perabot-perabot rekaan designers ternama. Bukannya nak jadi salesman dan promote habis-habisan, tapi Nerdy Bear sendiri guna banyak produk IKEA. Praktikal dan mampu milik. Baru-baru ni pun IKEA dah keluarkan katalog 2014.


0 comments:

Post a Comment