Aku pernah tengok lukisan abstrak kat galeri pameran di KLCC. Tajuknya "Kasih Ibu", tapi lukisannya aku habuk pon tak paham. Nak kata macam potret ibu pelukis tak jugak sebab lukisannya macam conteng-conteng dengan kaki je.
Fikiran dan ilham artis ni kadang-kadang susah kita nak paham. Macam artis bernama Jessica Harrison ni, aku agak geleman tengok arca / hasil karya dia.
Karya yang bertajuk "Handheld" ini mempamerkan arca perabot mini yang diperbuat daripada isi dan kulit manusia. Katanya nak kaji kecantikan tekstur kulit manusia dalam pelbagai rupa dan ruang.
|
Armchair, 2009, Mixed Media, 8cm x 7cm x 6cm
|
|
High Back Chair, 2009, Mixed Media, 7.5cm x 6cm x 9.5cm
|
|
Small Chair, 2009, Mixed Media, 4cm x 4cm x 7.5cm |
|
Small Table, 2009, Mixed Media, 5.5cm x 5.5cm x 6cm |
Akan tetapi, jangan la risau. Karya-karya minah ni bukanlah diperbuat daripada kulit sebenar. Semuanya daripada hasil acuan silikon kulit Jessica sendiri, yang telah dilipat-lipat, dipenyek-penyekkan, diuli, dibentukkan menjadi perabot-perabot mini yang menjijikkan unik. Jessica kata, karya dia ni ada kecantikan tersendiri. So, belilah satu untuk hadiah kat orang tersayang.
|
Table, 2009, Mixed Media, 6cm x 8cm x 5cm
|
|
Clock, 2009, Mixed Media, 4cm x 2.5cm x 18cm
|
|
Sofa, 2009, Mixed Media, 13.5 cm x 6.5cm x 6cm |
Agaknya replika kulit Jessica yang bahagian mana la gamaknya. Lagi satu aku perasan ada yang berbulu-bulu - bulu apa la agaknya tu?
Categories: angker, arca, dahsyat, fotografi, jiwa kacau, kerja gila, ngeri, odd, pelik, seni, seram, strange, weird, WTF
Yaiks..haha bulu ape?!! Scary pulak..
ReplyDeleteShitty. Apa kejadahnya dah macam lucah je, Hahaha.
ReplyDeleteSpeechless...
ReplyDelete