Tuesday 31 December 2013

Sesuai untuk pesakit jantung: Bershopping dengan Zombi.

Sekarang ni, filem seram berlambak-lambak kat Malaysia. Semua produser filem berlumba-lumba nak buat filem seram.
Dengan tajuk yang merapu sampailah gimik propaganda yang entah betul atau tidak. Ingat tak filem Dr. Rozmey, "2 Alam" yang bukan main gah lagi gimiknya, tapi hasilnya nan ado. Rambut Dr. Rozmey tu jauh lebih seram daripada filemnya.

Rambut tu... Hmm... Tak nak komen lah.
Lepas tu ada la produser dan pengarah filem seram tentang kondominium kat Hulu Kelang yang beria-ia cakap orang histeria semasa tonton filem arahannya. Semua ni propaganda taik hidung sebab aku rasa ramai yang rasa menyesal bayar tiket filem tu.
Aku bukannya nak bebel tentang industri filem tanahair. Aku tak layak. Cuma aku nak beritahu orang zaman sekarang dah pandai menilai elemen seram. Budak tadika pun tau sebut nama-nama hantu, daripada culture Asia sampailah ke Barat. Pendek kata, horror and thriller elements ni memang dikejar-kejar la oleh orang kita. Selalunya pasangan lepas kawen akan pergi ke tempat yang romantik untuk berbulan madu. Tapi semua itu terlalu mainstream dan biasa-biasa saja. Apa kata kali ni korang ubah tradisi dan pergi honeymoon kat tempat yang angker atau menakutkan pulak. 

Terdapat beberapa pusat perlancongan di luar negara yang dibina khusus untuk mereka yang sukakan horror and thriller elements. Tapi kali ni aku nak kongsi sebuah shopping mall yang penuh dengan zombi di England.

Bertapak di Reading, UK, tarikan pelancong ni dibuka dalam bangunan pusat beli belah lama yang telah ditinggalkan. Bekalan elektrik langsung tak ada, korang kena jelajah kedai-kedai, tangga, ceruk-ceruk, tandas-tandas di setiap tingkat - pendek kata memang besar la tempat ni. Tapi jangan lupa, ada zombi yang akan berkeliaran, sambil berkata "otaaakk... otaaaakk..."
Zombi-zombi dimekapkan secara realistik, bukannya tempek bedak amoi putih macam cerita Zombi Kampung Pisang.


Yang menariknya, zombi-zombi ni bukannya jenis seret kaki sambil jalan pelan-pelan. Kat bangunan ni, zombi-zombinya amat aktif dan akan mengejar korang. Maka, ia adalah satu pengalaman seram yang memang tak dapat korang lupakan. Pendek kata siapa nak selamat, mesti pandai survival skill. Yang bajet-bajet cute dan comel dan jalan kedek-kedek tu ghentikan je lah. 


Ek eleh... Serius la sket... Tak feel la ko ni senyum senyum...


Macam ternampak kelibat Kak Limah kat kumpulan zombi ni.
Berbekalkan hanya sepucuk pistol khas dan lampu picit. Elektrik takde tau! Maknanya, kalau dah dekat-dekat senja tu, korang akan nampak cahaya berbalam-balam je dari lampu picit. Memang tak sesuai la untuk orang sakit jantung. Sedangkan orang biasa pun aku rasa akan terkencing terberak. 

Pengusaha Zombie Shopping Mall ni cakap, walaupun zomba-zomba tu semuanya pekerja yang berlakon, tetapi korang tetap akan rasa panik, takut yang maksimum.

Video pendek porno promo Zombie Shopping Mall:

Kalau korang teringin nak tau lebih lanjut tentang tempat ni, boleh la check kat sini : ZOMBIE EXPERIENCE

3 comments:

  1. Xsanggup aku..agak2 dlm tandas pon die ikut x?

    ReplyDelete
  2. I can't do this. Jalan terkedek-kedek hehe.

    ReplyDelete
  3. Wujud lagi ke Dr. Rozmey di persada ubat kurus?

    ReplyDelete