Friday 3 January 2014

Teknik Belajar Cemerlang?: Kepala Pelajar Sangkut Kerusi

Minggu ini bermula sesi persekolahan bagi tahun 2014. Mak bapak semuanya ambil cuti dan sibuk meneman anak-anak ke sekolah. Ada yang drive sampai ke depan bilik darjah, kerana mungkin anak mereka tak boleh berjalan atau akan terpeluwap jadi wap air kalau terdedah dengan cahaya manja matahari. Ada sesetengahnya mengintai kat celah tingkap, takut anaknya hilang diculik UFO kalau tak dijenguk selalu, walaupun dalam bilik darjah. Drama-drama ni semua buat aku sentap sebab jalan raya jadi sesak. Jalan JEM!

Kadang-kadang aku tak faham kenapa sampai begitu sekali risaunya ibu ayah ni terhadap anak-anak mereka. Kadang-kadang rasa annoyed pun ada. Bukan apa, aku masih ingat zaman aku mula-mula bersekolah. Mana ada sampai begitu sekali layanan ayah kat aku. Bukan aku sahaja, semua kawan-kawan sekelas relax and steady je waktu dalam kelas. Cuma mungkin ada seorang dua yang terberak terkencing dalam seluar, tapi jumlahnya sikit sangat la. Ada yang mak bapak hantar lepas tu tinggalkan je, sebab nak pergi kerja. Takde pon melalak. Ada yang ikut kakak atau abang sebab mereka bersekolah di tempat yang sama.

Zaman sekarang ni, dah berlainan sikit. Parents gusar melampau-lampau.

Tapi kan... tak boleh salahkan ibu bapak jugak. Ye lah, bebudak sekarang ni sangat kreatif. Kreatif sangat sampai terjadi benda-benda macam ni:


Korang buat apa wei sampai tersangkut kat kerusi. Diulangi - SANGKUT kat KERUSI! Garu kepala aku tengok gambar-gambar ni. Makin laju aku garu bila memikirkan macam mana boleh sampai begitu sekali? Tak logik weh! Ini semua paranormal.
Baca lebih lanjut untuk lihat banyak lagi gambar-gambar budak-budak dan kerusi mereka yang malang...






Adik kat atas ni - apa yang ko cuba lakukan? Syok ke buat benda ni? Adakah ini trend muda mudi sekarang? 



Woiiii, kenapa sampai begini? Kalau budak lelaki aku paham la sebab diorang ni lasak dan nakal. Tapi.... Yang perempuan pun ikut sekali? Eii, ajaib la weh. Takkan kena dera atau ragging kot?
Dan...
Cara nak selesaikan masalah ni pun lawak. Cuba korang tengok!


Kena pakai gergaji! Lawak... lawak...


Kalau tak puas tengok gambar gambar tadi, korang boleh tengok videonya sekali. 



Awas, jangan cuba aksi ini di rumah atau di pejabat! Kesian, terima kasih.


Akhir kata, adik-adik jangan la pilih jalam hitam. jangan jadi gangster sejak dari darjah 1. Tak elok. Dan jangan la buli cikgu-cikgu macam dalam entri Gerobok Hafez yang lalu (klik untuk baca lebih lanjut).

0 comments:

Post a Comment